Hormon protorasikotropik
Hormon protorasikotropik (PTTH) merupakan hormon serangga yang pertama sekali ditemui. Ia mula-mula diterangkan dengan ringkas sebagai "hormon otak" oleh pengusaha awal seperti Stefan Kopeć (1922)[1] dan Vincent Wigglesworth (1934),[2] yang menyedari bahawa pengikatan kepala serangga muda boleh mencegah penyalinan kulit atau pempupaan anggota tubuh yang terkecuali dari kepala jika pengikatan itu berlaku sebelum tercapainya umur yang genting dalam peringkat hidup itu. Selepas suatu ketika yang tertentu, pengikatan itu tidak membawa kesan, dan kedua-dua seksyen serangga itu menyalin kulit atau menjadi pupa. Akan tetapi, penempelan otak konspesies pada abdomen berikat sesil ataupun abdomen ketika diapaus[3][4] akan mencetuskan penyalinan kulit atau pempupaan. Oleh itu, otak itu pada asalnya dipercayai sebagai punca hormon yang mencetuskan serangga untuk menyalin kulit. Kemudian, adalah ditetapkan bahawa otak serangga menghasilkan sebilangan hormon, tetapi hormon yang menjadi punca pemerhatian yang dibuat oleh Kopeć dan Wigglesworth ialah PTTH. PTTH dirembeskan oleh organ neurohema, korpus kardiakum (atau korpus alatum bagi sesetengah serangga) yang sebenarnya merupakan anggota diskret yang terletak di posterior otak. PTTH dikeluarkan sebagai balasan kepada perangsang persekitaran dan seperti yang dibayangkan oleh namanya, PTTH bertindak dalam kelenjar protorasik yang bertindak balas dengan menyalurkan hormon salin kulit (suatu ekdisteroid) ke dalam hemolimfa. Hormon salin kulit merangsang proses menyalin kulit[5][6].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ KOPEć, Stefan (1922-06-01). "Studies on the Necessity of the Brain for the Inception of Insect Metamorphosis". The Biological Bulletin. 42 (6): 323–342. ISSN 1939-8697 0006-3185, 1939-8697 Check
|issn=
value (bantuan). JSTOR 1536759. Dicapai pada 2012-02-26. - ^ Wigglesworth, V.B. 1934. The physiology of ecdysis in Rhodnius prolixus (Hemiptera). II Factors controlling moulting and metamorphosis. Quart. J. Microsc. Sci. 77: 191-223.
- ^ Williams, Carroll M. (1947-10-01). "Physiology of Insect Diapause. II. Interaction between the Pupal Brain and Prothoracic Glands in the Metamorphosis of the Giant Silkworm, Platysamia cecropia" (PDF). Biological Bulletin. 93 (2): 89–98. doi:10.2307/1538279. ISSN 0006-3185. JSTOR 1538279. Dicapai pada 2012-02-26.
- ^ Williams, Carroll M. (1952). "Physiology of Insect Diapause. IV. The Brain and Prothoracic Glands as an Endocrine System in the Cecropia Silkworm" (PDF). Biological Bulletin. 103 (1): 120–138. doi:10.2307/1538411. ISSN 0006-3185. JSTOR 1538411. Dicapai pada 2012-02-26.
- ^ Chapman, R.F. 1998. The Insects: Structure and Function. 4th edition, Cambridge University Press.
- ^ Klowden, M.J. 2007. Physiological Systems in Insects. 2nd edition, Academic Press.